IAI Diniyyah Pekanbaru MoU dengan UCYP University Malaysia

    IAI Diniyyah Pekanbaru MoU dengan UCYP University Malaysia

    KUANTAN - Institut Agama Islam (IAI) Diniyyah Pekanbaru teken kerjasama (MoU) dengan UCYP University, Malaysia. Rabu, (24/4/2024).

    Kerjasama ini dilakukan bersamaan dengan kampus-kampus lain yang tergabung dalam Badan Kerjasama Perguruan Tinggi Keagamaan Islam Swasta (BKS-PTKIS) Riau dan Universitas Potensi Utama (UPU) Medan.

    Sesi menandatangani MoU ini disempurnakan oleh Naib Canselor UCYP University, YH. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Diplomasi Komuniti) UCYP University, YBhg. Profesor Madya Dr. Azhar Jaafar Ramli.

    Badan Kerjasama Perguruan Tinggi Keagamaan Islam Swasta (BKS-PTKIS) Riau diwakili oleh Ketua BKS-PTKIS Riau, Indonesia, Profesor. Dr. Zulkifli Rusby dan disaksikan oleh Ketua Bahagian, Lembaga Kerjasama Internasional UPU Medan, Nursyah Handayani.

    Perjanjian ini merupakan tanda komitmen UCYP University dalam memperluaskan rangkaian kerjasama dari segi akademik serta mengukuhkan hubungan strategik bersama institusi pendidikan di peringkat global selain mampu memberi manfaat bagi kedua-dua pihak dalam pembangunan bidang pendidikan dan penyelidikan.

    Perjanjian kerjasama ini juga di lihat dapat membuka peluang dalam pelbagai bidang termasuk pertukaran tenaga pengajar dan pelajar, penganjuran kolokium antarabangsa, penyelidikan bersama, serta sesi perkongsian ilmu antara dua negara.

    Sebanyak 40 delegasi dari Indonesia yang mewakili 24 institusi hadir pada majlis ini di Dewan Auditorium, UCYP University. (fy)

    pekanbaru riau iai diniyyah pekanbaru
    Fernando  Yudistira

    Fernando Yudistira

    Artikel Sebelumnya

    DPP Perhimpunan Pemuda Mahasiswa Jawa Riau...

    Artikel Berikutnya

    UIN Imam Bonjol Padang Peringati Hari Amal...

    Komentar

    Berita terkait